Thursday, July 8, 2010

Lengkapkan Laporan

kantin, hangat ,pembelajaran, tabung , singkat , mengumpulkan ,

aktiviti , dibantu, kehadiran , gerai



Laporan Hari Kantin SJK ( C) Mah Hua
SJK (C ) Mah Hua telah mengadakan Hari Kantin pada 24 April 2010 bersamaan hari Sabtu. Hari cuti dipilih untuk menggalakkan(1)_________orang ramai. Hari Kantin ini diadakan di (2)_______ sekolah. Banyak (3)________ sementara dibina untuk menempatkan barangan jualan.
Tujuan Hari Kantin ini diadakan adalah untuk mengisi (4)_______bagi membeli dan menambahkan buku di pusat sumber sekolah. Pihak sekolah juga ingin membeli sebuah televisyen untuk kegunaan (5) ______________.
Perniagaan pada hari itu dikendalikan oleh ahli-ahli Panitia Kemahiran Hidup. Mereka (6)_______oleh guru-guru penasihat. Hari Kantin ini mendapat
sambutan (7)________daripada orang ramai.
Dalam masa yang (8)_________sahaja, semua makanan dan minuman habis dijual. Pihak sekolah berjaya (9)_________RM5 000.00.
Pihak sekolah akan menjadikan Hari Kantin ini sebagai (10)________ tahunan kerana banyak manfaatnya.
Laporan disediakan oleh, 30 APRIL 2010.
________________
(LIM MEI YAN)
Setiausaha Hari Kantin,
SJK ( C ) Mah Hua.

Wednesday, July 7, 2010

Ucapan di Majlis Perayaan Hari Guru di Sekolah

Rangka Karangan :

Permulaan : kata alu-aluan

Isi : - ucapan selamat Hari Guru
- bertungkus-lumus mendidik
- segala tunjuk-ajar akan dipatuhi

Penutup :semoga guru-guru berbahagia dan memohon maaf



Contoh Karangan :


Selamat pagi Tuan Guru Besar, guru-guru dan murid-murid. Hari ini saya berasa amat bangga kerana berpeluang memberi ucapan di majlis ini. Terlebih dahulu saya sebagai wakil murid-murid mengucapkan "Selamat Hari Guru" kepada semua guru.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus mengajar kami. Guru-guru telah mengajar dan mendidik kami supaya menjadi orang yang berguna. Segala tunjuk ajar dan nasihat guru-guru akan kami patuhi. Saya berseru kepada kawan-kawan agar menghormti dan dengarlah nasihat guru-guru kita.

Akhir sekali, kami berdoa semoga guru-guru bahagia selalu dan dilanjutkan usia. Setakat ini sahaja ucapan saya. Saya memohom maaf jika terdapat kesilapan kata. Sekian, terima kasih.


Kosa Kata:

bangga - bertuah 幸运

bertungkus-lumus - bersungguh-sungguh 努力苦干

patuhi - ikuti 遵从

dilanjutkan - dipanjangkan 延长

Air dan Kegunaannya


Rangka Karangan :

Permulaan : manusia dan benda hidup memerlukan air

Isi : kegunaan air
- untuk tumbesaran
- industri perkilangan
- sebagai sistem pengangkutan
- kuasa menjana hidro elektrik

Penutup : berjimat menggunakan air



Contoh Karangan:

Air mempunyai banyak kegunaan. Dengan adanya air, manusia dan semua benda hidup dapat menjalani pelbagai proses kehidupan. Tanpa air, semua benda hidup akan mati.

Manusia menggunakan air untuk mandi, minum, memasak, membasuh dan lain-lain lagi. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk membesar.

Dalam industri perkilangan, air digunakan untuk membuat minuman dan menyejukkan enjin. Air juga digunakan sebagai sistem pengangkutan, khasnya barang-barang yang diangkut melalui jalan air. Contohnya, kayu balak.

Selain itu, air juga boleh digunakan untuk menghasilkan kuasa hidro elektrik. Hidro elektrik sangat berguna kepada manusia.

Air sangat mustahak kepada kita semua. Oleh itu, kita harus mengamalkan sikap berjimat semasa menggunakan air.


Kosa Kata:

diangkut - dipunggah 运输

mustahak - penting重要

berjimat - tidak membazir 节省

Buah-buahan Tempatan yang Paling Saya Gemari

Rangka Karangan


Permulaan : pelbagai jenis buah-buahan

Isi : - paling digemari buah durian

- durian adalah bermusim

- baunya yang harum

- banyak zat dan vitamin

Penutup : buah kegemaran



Contoh Karangan:



Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buah-buahan. Antaranya ialah buah jambu, rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan lain-lain lagi.



Buah-buahan tempatan yang paling saya gemari ialah buah durian. Buah durian adalah sejenis buah yang bermusim. Buah durian banyak didapati pada musimnya.



Kulit buah durian berwarna hijau dan berduri. Apabila masak, ia mengeluarkan bau yang harum. Isi buah durian berwarna kuning dan rasanya manis. Buah durian banyak mengandungi zat dan vitamin.



Saya sangat suka makan buah durian kerana rasanya sangat manis dan sedap. Kerana itulah, durian menjadi buah kegemaran saya.





Kosa kata :

tempatan - di dalam negeri 本地

gemari - sukai 喜爱

bermusim - mengikut masa 季节性

mengeluarkan - menghasilkan 发出

harum - wangi 芳香

Tuesday, July 6, 2010

Berkelah di Tepi Pantai


Rangka Karangan :


Permulaan: cuti sekolah, sekeluarga pergi berkelah

Isi-isi : - emak menyediakan bekalan makanan
- pergi dengan kereta bapa
- mandi-manda di laut
- berehat seketika, menjamu selera

Penutup : petang baru pulang


Contoh Karangan:



Pada cuti sekolah yang lalu, bapa saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di Pantai Merdeka.

Emak saya menyediakan makanan,minuman dan alat-alat kelengkapan lain. Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta bapa. Tidak lama kemudian, kami pun sampai. Kelihatan ramai orang sudah berada di sana.


Kami meletakkan barang-barang di suatu tempat yang teduh . Selepas berenang, kami bermain bola. Kami bermain dengan gembira. Apabila letih, kami berehat dan menjamu selera .

Pada pukul 4.00 petang, bapa saya bercadang untuk pulang. Kami pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira.


Kosa kata :

teduh - terlindung 荫凉
gembira - riang 高兴

bercadang - merancang 建议